KaSiH SaYaNg KaMi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Total Pageviews






I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 5, 2012

DIARI HAMIL: SUAMI.....Dampingi Daku...

  
 Hai u'olls...ni tip untuk suami-suami yer....  Suami...Dampingi daku.... <3

 Sokongan anda yang bergelar suami sangat-sangat diperlukan pada ketika ini. Anda Sepatutnya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi saat-saat kehamilan. Ini kerana, pelbagai kesukaran yang akan isteri rasai dan kadangkala pergerakkannya terbatas serta tidak aktif seperti sebelumnya.
 
  Belajarlah serba sedikit mengenai kehamilan melalui pembacaan buku-buku ilmiah, internet dan sebagainya. Anda akan mendapat gambaran jelas dan menyeluruh agar mudah bagi anda untuk memberi respons yang terbaik sepanjang kehamilan isteri dan membantu serta menyokong kehamilannya.

kesihatan 

Suami juga perlu mengambil berat akan soal kesihatan diri sendiri dan isteri serta kandunganya. Jika anda merupakan seorang perokok, jauhkanlah asap rokok daripada isteri. Jika boleh, berhenti seketika. Ini kerana, asap rokok ternyata mampu menjejaskan kandungan si ibu dan anak anda yang bakal lahir! Oleh itu, bersikaplah lebih bertanggungjawab dalam hal ini.

    pemakanan

      Selain itu, pemakanan isteri anda juga perlu dijaga dan dititikberatkan. Pada ketika ini, isteri serta kandungan memerlukan pemakanan yang baik supaya bayi yang akan lahir nanti mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas.   




      pemeriksaan

           Ketika tempoh kehamilan ini juga, isteri anda akan membuat pemeriksaan kandungan secara berkala di pusat kesihatan. Oleh itu, bantulah isteri dalam hal ini dengan menemaninya setiap kali membuat pemeriksaan kandungan. Dengan ini, anda dapat memastikan keselamatannya serta boleh mengeratkan hubungan anda dan pasangan. Ia Juga dapat mengawal emosi isteri yang sedang hamil.
Kadang-kadang kita juga pernah mendengar tentang pelbagai cerita suami yang alah semasa isterinya mengandung. Ada juga suami yang mengidam. Mungkin suami seperti ini sangat berkesan dengan keadaan isterinya sehingga terbawa-bawa simptom wanita hamil.

   Doa

     Selain itu, doa suami sangat penting untuk memastikan kesejahteraan isteri dan bayi. Oleh itu, banyakkanlah berdoa untuk meminta keberkatan daripada Allah. Mohon supaya Allah memelihara ibu dan bayi sepanjang proses kehamilan dan memudahkan proses bersalin nanti.




0 ulasan: